Friday, November 30, 2018
Detik cemas
Hari ni 4hb sept, tengah dalam flight menuju ke Trondheim, Norway untuk reseach abroad selama 4 bulan. Pada masa ni, ada lagi 3 bulan lebih untuk masa sebenar tempoh 3 tahun phd akan tamat. Pagi tadi terima email extension phd tidak diterima. Sebabnya kerana perlu beri jadual plan yang lebih meyakinkan. Komen katanya research abroad sepatutnya awai pengajian, dan bukan di hujung pengajian. Itu memang aku terima. Aku tiada advice yang spesific untuk perkara ni. Cuma di awal pengajian dulu ada dinyatakan cuma salah diri sendiri. Untuk projek phd, kau adalah ketua research..dan kau lah yang sepatutnya tentukan hala tuju projek ni.
Study abroad
Di Denmark, pelajar-pelajar phd dikehendaki untuk membuat attachment ke universiti atau kompeni minimum 1 bulan hingga ke maksimum 6 bulan. Ini merupakan salah satu keperluan untuk bergraduasi. Paling menarik, semua perbelanjaan akan ditanggung oleh universiti dan juga boleh memohon dana tambahan daripada kompeni seperti otto monsted.